Thursday, September 30, 2010

Teaser 2 – DVD tutorial DSLR



Ini adalah video pembukaan untuk DVD tutorial DSLR yang masih lagi dalam prose pembikinan. Konsep video ini ialah untuk menunjukkan transformasi seorang pemuda dari peminat kepada pakar fotografi. Kami meggunakan teknik stop motion untuk menujukkan perubahan yang berlaku itu mengikut urutan yang dipercepatkan

Sunday, September 26, 2010

Sistem iso



sistem iso ialah sensitiviti cahaya yang sampai ke sensor kamera DSLR. Ia perlu dilaraskan dengan betul supaya gambar yang dihasilkan adalah sempurna

Lensa 70-200mm



Lensa 70-200mm ialah lensa telefoto yang mesti dimiliki oleh setiap jurufoto

Saturday, September 25, 2010

Perbandingan foto dari 3 jenis lensa



Perbandingan foto dari 3 jenis lensa, 50mm, 70-200mm dan 17-50mm

Contoh trio lensa ideal untuk pengguna baru DSLR


Contoh trio lensa ideal untuk mereka yang mahu berjinak dengan dunia kamera dslr berdasarkan budget yang agak rendah. Lensa-lensa yang ditunjukkan ialah 50mm f1.8, 17-50mm f2.8 dan 70-200 f4L

Tuesday, September 21, 2010

Kursus DSLR sesi 2



Tempat : Studio Pohon Minda, Pasir Gudang
Tarikh : 21 September 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Monday, September 20, 2010

Teaser DVD tutorial fotografi DSLR

Saturday, September 18, 2010

Back To Old Skool Sale!



Wonder Stuff dengan kerjasama Studio Pohon Minda (http://pohonminda.com) akan mengadakan jualan barangan lama/vintage.

Antara barangan yang akan dijual ialah pakaian, cenderamata, peralat elektronik dan buku.

Kepada yang berminat untuk menjual pada hari berkenaan sila email kepada syed.syahrul@gmail.com dan beritahu apa yang ingin anda jual. Satu lot dikenakan bayaran sebanyak RM15. Meja tidak akan disediakan. Tempat Tempat adalah terhad

Kepada anda semua yang mempunyai kelapangan pada hari tersebut, anda dijemput hadir untuk membeli barang disamping membuat kawan baru! Klik sini untuk RSVP di laman Facebook Wonder Stuff

Saturday, September 4, 2010

Paso Bumbung







Tarikh: 4 September, 2010
Tempat: Plaza Seni. Lot Parking paling atas
Masa: 3.30pm - 12.30am

Memang meriah. Geng Wonder Stuff telah mula memasang khemah seawal jam 1.00 petang. Bermula dengan jualan peralatan elektronik baru dan terpakai, juga aksesori kamera, seawal jam 5.30 petang khemah kami mula dipenuhi pelbagai jenis juadah seperti kek, donut, popiah dan roti John yang memang enak-enak belaka. Tidak ketinggalan t-shirt , majalah, buku dan pakaian kanak-kanak. Terima kasih kepada mereka yang singah ke khemah kami. Sila lihat sini dan sini untuk gambar seterusnya.

Thursday, September 2, 2010

Kursus Video DSLR sesi 2


Tempat : Studio Pohon Minda, Pasir Gudang
Tarikh : 2 September 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Tuesday, August 31, 2010

What Is Happening Timmy Fahmi



Video pendek untuk mempromosikan laman web What Is Happening oleh jurufoto Timmy Fahmi.

Wednesday, August 25, 2010

Wonder Stuff di Paso Bumbong



Wonder Stuff akan berada di Paso Bumbong untuk menjual barangan electronik/kamera baru dan terpakai.

Tarikh: 4 September, 2010
venue: Plaza Seni. Lot Parking paling atas
Masa: 3.30pm - 12.30am

Jumpa di sana. Gambar dari blog JOHO

Sunday, August 22, 2010

'Enam Lorong' di dalam Berita Harian dan Sinar Harian





Berikut adalah keratan akhbar berkaitan majlis tayangan filem pendek Maskara Shorties yang baru berlangsung 7 Ogos lepas dari akhbar Berita Harian dan Sinar Harian. Terima kasih kepada pihak akhbar yang telah mewar-warkan majlis ini kepada orang ramai. Gambar ikhsan dari saudara Gunx.

Sony Handycam - Share The Moments



Sony Malaysia bersama Astro mempersembahkan Detik Bersama Handycam, siri rancan realiti baru dengan Era FM sebagai radio rasmi. Kami telah menghantar video ‘Malam Gemilang’ ke sebagai penyertaan (suka-suka) dan ia boleh di tonton di link ini. Anda yang berminat mengambil video juga boleh turut serta!.

Maskara Shorties Timelapse video



Video ini telah dirakam semasa persiapan majlis maskara shorties yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 di rumah Pena, Kuala Lumpur. [Link]

Majlis bermula sekitar jam 8.00 malam sejurus kami selesai menunaikan solat maghrib di ruang yang telah di sediakan di tingkat atas rumah PENA. Cuaca yang agak mendung pada sebelah pagi agak mengusarkan, takut hujan akan turun, ulangan kepada Maskara Shortis edisi yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Istimewanya majlis kali ini ialah ia tidak hanya menerima penyertaan dari pembikin filem tempatan malah turut menerima penyertaan dari negara jiran seperti Singapura

Kesemua 30 buah filem pendek selesai ditayangkan sekitar jam 1.00 pagi. Kualiti filem yang ditayangakn amatlah membanggakan dan menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai pembikin filem muda yang kreatif dan berbakat besar-mudah-mudahan pembikin muda ini tidak hanya berhenti setakat di Maskara Shorties.

Friday, July 23, 2010

Tayangan Enam Lorong di Maskara Shorties



Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Tarikh : Sabtu, 7 Ogos 2010
Masa : 8.00 malam Link

Monday, July 12, 2010

Kursus Video DSLR


Tempat : Studio Pohon Minda & sekitar bandar Johor Bahru + Pasir Gudang
Tarikh : 10 dan 11 July 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Sunday, July 4, 2010

Enam Lorong





Sebuah 'mocumentary' tentang seorang pemuda yang tinggal di bandar yang kian membangun tetapi masih dihantui masalah lama - lebuhraya.

Pengarah & penerbit
Syed Syahrul Zarizi

Pelakon, suara latar dan penulis skrip
Timmy Fahmi

Thursday, June 24, 2010

Puspanita cawangan Negeri Johor (Joomla!)


Convert from HTML to Joomla. Link

Wednesday, June 23, 2010

Lawatan Tengku Mahkota Johor ke Pejabat Perbendaharaan Johor, Nusajaya


Tempat : Kompleks MBSS, Kota Iskandar, Nusajaya
Tarikh : 23 Jun 2010
Jurufoto : Timmy Fahmi & Syed Syahrul Zarizi

Monday, June 21, 2010

Koleksi Video Tutorial Wonder Stuff Vol.1



Koleksi 12 video tutorial dan ulasan produk merangkumi pelbagai topik, dari fotografi ke aplikasi web. Dalam bahasa Melayu dengan bahasa yang mudah difahami.

Tajuk : Koleksi Video Tutorial Wonder Stuff Vol.1

Isi Kandungan :
1. Cara menggunakan fungsi 'action' Adobe Photoshop untuk menghasilkan foto profesional
2. Cara menggunakan Azden Microphone holder untuk camcorder/dslr
3. Cara untuk mengecilkan/compress video
4. Contoh video menggunakan 35mm lens adaptor
5. Cara menggunakan 35mm lens adaptor
6. Cara menggunakan ProAirm monitor untuk camcorder/dslr
7. Cara menggunakan Zoom H2
8. Cara membaca beberapa blog serentak
9. Apa itu magento commerce
10. Cara menukar file ke pdf dengan percuma
11. Apa itu Wolfram Alpha
12. Cara memusingkan video yang senget ke kedudukan yang betul

Harga : RM 15 termasuk penghantaran (Malaysia sahaja)
Cara membuat pesanan : Email bukti pembayaran ke syed.syahrul@wonder-stuff.com
No. Akaun : Bank Islam 01041010044766 (Wonder Stuff Sdn Bhd)

Wednesday, June 16, 2010

Perlancaran M7 Racing dan pusat R&D M7



Majlis : Perlancaran M7 Racing dan pusat R&D M7
Tempat : Pusat Pameran Mutiara Motor, larkin, Johor
Tarikh : 16 Jun 2010
Jurufoto : Syed Syahrul Zarizi

Thursday, May 27, 2010

Kursus Asas Videografi




Tempat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bandar Iskandar, Nusajaya
Tarikh : 27 Mei 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Misteri Nusajaya



Sebuah cerita seram yang menyingkap kisah-kisah mistik dan misteri yang sering menyelubungi warga Nusajaya. Karya geng-geng kreatif kursus Videografi di pejabat SUK Johor, Kota iskandar, Nusajaya



Sebuah lagi video pendek hasil peserta kursus.

Tempat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bandar Iskandar, Nusajaya
Tarikh : 27 Mei 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Kursus Asas Fotografi


Tempat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bandar Iskandar, Nusajaya
Tarikh : 26 Mei 2010
Jurulatih : Hasnul Fazli Mokhtar

Monday, May 24, 2010

ProAim 7" LCD video monitor


LCD monitor bagi memudahkan untuk melihat dan fokus objek mengantikan LCD pada DSLR dan video kamera yang kecil dari ProAim

Thursday, May 20, 2010

Cara mendapatkan audio berkualiti tinggi semasa merakam video menggunakan DSLR Bahagian 2



Cara bagaimana untuk mendapatkan audio berkualiti tinggi menggunakan Azden shotgun microphone holder

Cara mendapatkan audio berkualiti tinggi semasa merakam video menggunakan DSLR Bahagian 1


Anda mempunyai masalah mendapatkan audio berkualiti semasa merakam video menggunakan DSLR? ini ialah cara bagaimana boleh mendapatkan audio stereo berkualiti tinggi dan menbuang bunyi-bunyi yang tidak dikendaki dengan menggunakan Zoom H2 handy recorder.

Sunday, May 9, 2010

Menghasilkan foto gaya profesional dengan mudah


Tutorial bagaimana untuk menghasilkan foto gaya profesional dengan mudah dan konsisten menggunakan fungsi 'action' Adobe Photoshop

Saturday, May 8, 2010

Mengecilkan fail video HD dan muat naik ke laman sosial


Cara untuk mengecilkan atau compress fail video terutamanya dalam format HD dan muat naik ke laman web sosial disamping mengekalkan qualiti video yang optimum

Tuesday, April 27, 2010

Lawatan Tengku Mahkota Johor ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Nusajaya


Tempat : Bangunan C3S, Kota Iskandar, Nusajaya
Tarikh : 27 April 2010
Jurufoto : Timmy Fahmi & Syed Syahrul Zarizi

Thursday, April 22, 2010

Membaca beberapa laman web serentak dengan cepat dan mudah


Tip yang boleh menjimatkan masa dan menigkatkan produktiviti

Menukar Fail Microsoft Office ke PDF dengan mudah dan percuma



Cara untuk tukar fail .doc, .xls dan lain-lain dengan menggunakan perisian OpenOffice.

Wolfram | Alpha



Wolfram | Alpha ialah enjin carian yang bagus dan sesuai untuk mencari data untuk tujuan rujukan dan pembelajaran

Memusingkan video yang senget ke kedudukan asal



Tutorial mudah untuk membetulkan orientasi video anda yang selalu terjadi apabila diambil menggunakan telefon bimbit

Magento Commerce



Tutorial ringkas tentang Magento Commerce, perisian shopping cart percuma terbaik dipasaran pada masa ini

Wednesday, April 21, 2010

Contoh video menggunakan adaptor 35mm untuk video kamera



Berikut ialah contoh video yang diambil menggunakan adaptor 35mm dari jag35.com , lens FD Canon 50mm f1.8 dipasang ke kamera video JVC model GZ-HD7

Tuesday, April 20, 2010

Cara menggunakan adaptor 35mm untuk video kamera



Set-up asas dan cara untuk menggunakan adaptor lensa 35mm untuk video kamera. Adaptor yang digunakan ialah dari Jag35 menggunakan lensa Canon FD 50mm f1.8. Video kamera yang digunakan ialah JVC model GZ HD7

Thursday, April 15, 2010

Sesi demostrasi melukis oleh Y. Bhg. Dato' Mahsun b. Hj Taib



Demostrasi melukis oleh Y. Bhg. Dato' Mahsun b. Hj Taib semasa Pameran MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA: ENDAU ROMPIN yang berlangsung di Danga Mall, Johor Bahru, 23 Mac hingga 18 April 2010

Saturday, April 3, 2010

Puspanita cawangan negeri JOHOR



Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia cawangan negeri JOHOR

Wednesday, March 31, 2010

Kursus asas Adobe Photoshop


Tempat : Institut Kemahiran Mara, cawangan Johor Bahru
Tarikh : 31 Mac 2010
Jurulatih : Fadhilah Bt Othman

Tuesday, March 30, 2010

Kursus asas videografi


Tempat : Institut Kemahiran Mara, cawangan Johor Bahru
Tarikh : 30 Mac 2010
Jurulatih : Syed Syahrul Zarizi

Kursus asas fotografi


Tempat : Institut Kemahiran Mara, cawangan Johor Bahru
Tarikh : 29 Mac 2010
Jurulatih : Hasnul Fazli Mokhtar

Sunday, March 28, 2010

Tayangan filem 'Aturan Mondok'



Tempat : JOTIC, Johor Bahru
Tarikh : 27 Mac 2010
Pengarah : Masaki Kobayashi
Nota : Majlis ini untuk menayangkan filem karya pengarah dari Jepun, Masaki Kobayashi dan beberapa karya pendek pengarah tempatan iaitu Tok Rimau, Azhar rudin dan Dean Sham