Sunday, August 22, 2010

Maskara Shorties Timelapse video



Video ini telah dirakam semasa persiapan majlis maskara shorties yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 di rumah Pena, Kuala Lumpur. [Link]

Majlis bermula sekitar jam 8.00 malam sejurus kami selesai menunaikan solat maghrib di ruang yang telah di sediakan di tingkat atas rumah PENA. Cuaca yang agak mendung pada sebelah pagi agak mengusarkan, takut hujan akan turun, ulangan kepada Maskara Shortis edisi yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Istimewanya majlis kali ini ialah ia tidak hanya menerima penyertaan dari pembikin filem tempatan malah turut menerima penyertaan dari negara jiran seperti Singapura

Kesemua 30 buah filem pendek selesai ditayangkan sekitar jam 1.00 pagi. Kualiti filem yang ditayangakn amatlah membanggakan dan menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai pembikin filem muda yang kreatif dan berbakat besar-mudah-mudahan pembikin muda ini tidak hanya berhenti setakat di Maskara Shorties.

No comments:

Post a Comment