Tuesday, August 31, 2010

What Is Happening Timmy Fahmi



Video pendek untuk mempromosikan laman web What Is Happening oleh jurufoto Timmy Fahmi.

Wednesday, August 25, 2010

Wonder Stuff di Paso Bumbong



Wonder Stuff akan berada di Paso Bumbong untuk menjual barangan electronik/kamera baru dan terpakai.

Tarikh: 4 September, 2010
venue: Plaza Seni. Lot Parking paling atas
Masa: 3.30pm - 12.30am

Jumpa di sana. Gambar dari blog JOHO

Sunday, August 22, 2010

'Enam Lorong' di dalam Berita Harian dan Sinar Harian





Berikut adalah keratan akhbar berkaitan majlis tayangan filem pendek Maskara Shorties yang baru berlangsung 7 Ogos lepas dari akhbar Berita Harian dan Sinar Harian. Terima kasih kepada pihak akhbar yang telah mewar-warkan majlis ini kepada orang ramai. Gambar ikhsan dari saudara Gunx.

Sony Handycam - Share The Moments



Sony Malaysia bersama Astro mempersembahkan Detik Bersama Handycam, siri rancan realiti baru dengan Era FM sebagai radio rasmi. Kami telah menghantar video ‘Malam Gemilang’ ke sebagai penyertaan (suka-suka) dan ia boleh di tonton di link ini. Anda yang berminat mengambil video juga boleh turut serta!.

Maskara Shorties Timelapse video



Video ini telah dirakam semasa persiapan majlis maskara shorties yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 di rumah Pena, Kuala Lumpur. [Link]

Majlis bermula sekitar jam 8.00 malam sejurus kami selesai menunaikan solat maghrib di ruang yang telah di sediakan di tingkat atas rumah PENA. Cuaca yang agak mendung pada sebelah pagi agak mengusarkan, takut hujan akan turun, ulangan kepada Maskara Shortis edisi yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Istimewanya majlis kali ini ialah ia tidak hanya menerima penyertaan dari pembikin filem tempatan malah turut menerima penyertaan dari negara jiran seperti Singapura

Kesemua 30 buah filem pendek selesai ditayangkan sekitar jam 1.00 pagi. Kualiti filem yang ditayangakn amatlah membanggakan dan menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai pembikin filem muda yang kreatif dan berbakat besar-mudah-mudahan pembikin muda ini tidak hanya berhenti setakat di Maskara Shorties.